Thursday, January 28, 2016

Wordless Wednesday #1 - Good Health, Good Life

Wednesday, January 27, 2016

K-Drama - Moorim School : Saga of The Brave

Assalamualaikum wbt..

Annyeong.

Kali ini pasal drama korea. Kawan-kawan yang rapat tahu aku hantu korea. Haruslah tahu. 

Nasiblah ada channel tv korea kat Astro. Itupon aku tahan hati tak langgan Astro Korean Pack. Sedangkan dua channel KBS & One HD pon rasa macam tak cukup mata nak tengok, apatah lagi sampai 4 channel.


Drama yang aku tengah layan sekarang ini ialah Moorim School : Saga of The Brave, channel KBS World. Setiap hari Isnin & Selasa, 9 pm.

Kisah sekolah istimewa yang tidak hanya mementingkan nilai akademik tetapi segala aspek kemanusiaan dalah menghadapi dunia yang mencabar. Fokus utama kepada watak Yoon Shi Woo yang mengalami masalah pendengaran dan trauma sejak kecil yang diminati oleh anak pengetua Moorim School, Hwang Sun-Ah dan Wang Chi-Ang, anak orang kaya yang jatuh cinta kepada Sim Soon Suk (Ariel).

Mula-mula ingat cerita pasal budak sekolah biasa je. Rupanya jangkaanku meleset sama sekali. Setakat ne baru sampai 4 episode aku tengok. 16 episode semuanya. So, layan habis la cerita ne nanti.

Kalau rasa tak sabar nak tunggu episode selanjutnya, tangan aku gatal je cari sinopsis kat internet. Kebanyakannya orang Indonesia yang rajin taip jalan cerita setiap episode. Bukan keseluruhan drama. Kalau aku la, tak ada masa langsung nak review sampai tahap macam tu sekali. Tak mungkin.

Cerita dorang ne memang banyak yang mengarut-ngarut. Tapi aku tetap suka habis sebab aku susah nak jangka jalan cerita setiap drama dorang. Kreatif sungguh. 

Tak sabar nak tunggu sambungan minggu depan. Sabarlah wahai hati.

Jalgayo!

Monday, January 18, 2016

Swimming Class #2



Assalamualaikum wbt...


Dekat sangat-sangat kompleks ne dengan rumah aku. Ingatkan jauh. Tak sangka pulak dekat sini.

Swimming Class yang pertama yang sangat best. Coach aku nama Ally, perempuan. Aku agak umur dalam 30-an. Garang tapi baik. Tak sangka pulak dapat coach perempuan. Yeah! Debaran yang aku rasa sejak beberapa hari sebelum swimming class aku ne hilang bila aku dapat coach perempuan. 

Lega. 

Pagi Ahad lepas aku datang awal untuk registration. Fill up form, full payment on the day. Kebetulan 3rd week of the month kene bayar dah. Ngam-ngam la tu. Bila dah register, depa akan bagi satu kad yang ada kod bar. Siap semua details yang aku perlu tahu. Coach aku siapa, kelas banyak mana, total payment berapa. All in. Setiap kali aku mai kelas, kene scan kad tu dulu. Serupa ambil kedatangan la.

Lepas scan tu, aku terus tukar baju. Transformla jadi swimmer yang muslimah. Hehe. Mula-mula terkial-kial mencari coach. Akhirnya jumpa. Kenalkan diri, terus start kelas aku tu. 

Aku dah set kat otak aku ne, stay calm and dont panic. I'm doing well even kaki terkial-kial lagi.

Fuh..penat. My 1st swimming class done!

Balik rumah aku rasa semacam pulak. Nampaknya, telinga aku ne macam tersumbat. Mula dah aku risau. Try la macam-macam petua yang aku tahu. Masukkan balik air ke dalam telinga la, lompat-lompat, picit hidung hembus keluar angin ikut telinga. Akhir sekali, aku cari ear wax drops. Agaknya banyak sangat bijih timah dalam telinga aku tu. Tapi, semua tak menjadi. 

Seksa pulak  aku rasa sebab berdengung telinga aku ne siap pakej sakit dan dengar macam tak dengar je. Aku try tido, maybe boleh hilangkan sakit tu. Sama.

Sebab tak tahan dah, aku terus ambil keputusan pergi klinik.

Hahaha. Sah! Bijih timah aku tertanam dengan baik di dasar gegendang aku tu. Malu gila tapi doktor tu buat rilek je. Nurse pon terkejut tengok bijih timah aku tu. Depa cuci telinga aku ne. Nyesal pulak tak suruh cuci sebelah lagi.

Lepas ne, sumpah dah takkan korek telinga lagi.

Alhamdulillah..semua selesai!

Friday, January 15, 2016

My Chiro Story

Assalamualaikum wbt..


Aku ada chiro appointment untuk kali ke-13 tengahari nanti. Sejak tahun lepas lagi aku cuba alternatif ne. Lagipun keluar masuk hospital langsung tidak memberi apa-apa kesan untuk aku. Cucuk & makan ubat. Aku tak mahu bergantung pada ubat saja. Hilang sakit cuma untuk sementara waktu saja. Oleh kerana cara ne dapat mengurangkan kesakitan yang aku rasa sejak waktu study dulu, aku masih teruskan sehingga hari ini. Cuma masa study tak seteruk 2-3 tahun kebelakangan ini.

Aku terpikir nak cuba alternatif ne sejak aku jumpa video seorang lelaki arab yang masih muda di Australia mengalami masalah badan terlalu bongkok dan sukar berjalan. Dah jumpa ramai doktor, tapi kebanyakkannya tak berani untuk cuba bantu lelaki tu. Dalam 10 sesi, dia mampu tegakkan badan dan bergerak aktif semula. Mungkin cara ne dapat membantu aku. Jadi aku decide nak try & error. Tak cuba tak tahu kan? Kat Malaysia, cara ne tak berapa femes lagi.

Beberapa hari aku cuba google Chiro Centre yang berdekatan. Alhamdulillah, terjumpa Bangsar Chiropractic yang menawarkan apa yang aku nak. Dekat dengan ofis dan memudahkan aku ulang alik. Aku promote untuk try chiro ne kat kawan seofis yang juga lama menanggung sakit slipped disk dan kebetulan dia juga mempunyai kawan yang pernah mencuba rawatan ne dan ia membuatkan aku lebih yakin. Kami juga mencari doktor wanita dan bestnya dia sebaya aku, cantik dan ada Master in Chiropractor di Aussie (one of the most prevalent country in Chiropractor). Jadi, ia memang berbaloi.

Pendaftaran dibuat dan kami dikehendaki mengisi personal detail dan health history kat borang online. Appointment dibuat untuk tarikh lain. Nampaknya sesi aku dan kawan aku x sama. 

3 Sep 2015. Untuk sesi pertama, doktor banyak tanya berkenaan simptom dan bagaimana rasa kesakitan yang aku alami. Kemudian, beliau memeriksa & buat rawatan chiro di keseluruhan badan aku. Aku ada masalah di pinggang, pinggul dan peha sebelah kiri. Punca utama, jatuh. 

Akhirnya ku dah tahu kenapa aku rasa terlalu sakit pada waktu-waktu tertentu terutamanya malam hari. Siang cuma rasa sengal-sengal manja. Ibulah yang sangat memahami aku. Sebelum keluarga aku pindah ke kampung, hampir setiap malam tak tidur malam temankan aku. Walau dah pindah, masih lagi risaukan anaknya ne. Akak sayang Ibu!

Dulu, oleh kerana selalu rasa sakit, aku jadi malas, moody, susah tidur dan hilang selera makan. Aku juga dah jarang keluar rumah dan rutin hanya pergi balik kerja saja. Pergi kerja pon aku cuba sedaya upaya lupakan masalah aku. Alhamdulillah,.kadang-kadang saja aku terpaksa lepak di rumah. Klinik? Hospital? Aku hanya dapat ubat tahan sakit atau injection. Kalau tak sembuh-sembuh mungkin operation. Itu yang aku nak elakkan. 

Chiro hanya buat beberapa lipatan, regangan, hentakan & urutan poin2 tertentu yang diselang-seli dengan bunyi-bunyi dalam badan. Mula-mula dengar pon rasa macam sakit. Tapi ia sangat melegakan. Jangan pelik kalau doktor urut tempat lain walaupun kau rasa sakit tempat lain. Doktor takkan bagi apa-apa ubat dan hanya nasihatkan aku amalkan fisio yang dibagi. Setiap sesi akan buat benda yang sama. Diawal rawatan dulu, aku perlu jumpa doktor 2 kali seminggu. Oleh kerana badan aku bagi respon yang baik, kini aku hanya jumpa doktor sekali untuk setiap tiga minggu. Ia akan berterusan sehingga aku tak perlu lagi jumpa doktor atau sekali sekala buat maintenance kalau perlu. 

Manusia juga perlu maintenance. Hahaha..itu rasa kelakar.

Aku hanya berusaha dan bertawakal. Insya-Allah, aku akan sihat semula. 
Hanya Allah Maha Penyembuh.

Thursday, January 14, 2016

Swimming Class #1

Assalamualaikum wbt.

Kali ne nak cerita angan-angan aku yang seterusnya. Memandangkan semangat aku yang sangat berkobar-kobar tahun ini, aku teruskan memenuhi angan-angan aku tu. Sebenarnya angan-angan aku bermula sejak aku layan Law of The Jungle in Nicaragua. Terpengaruh sangat dengan Kim Hee-Jung. Lagipun aku adore sangat dengan Kim Byung Man yang hebat dengan alam semulajadi. Apa saja dia boleh buat.

Mulanya aku mencari-cari di mana-mana kelas yang sesuai. Cari sorang-sorang senang. Lagipun dengan internet zaman sekarang, apapun boleh cari. Google saja!

Pilihan pertama aku di Bidadari Ladies Swimming Class yang aku jumpa dalam Facebook. Yang bestnya kelas tu untuk perempuan sahaja. Yang tak bestnya lokasi yang sangat jauh dan aku tak rasa boleh commit dengan kelas tu. Yuran sangat berpatutan.


Seterusnya aku google lagi dan akhirnya jumpa DSA (D Swim Academy). Lokasi yang sangat berdekatan dengan rumah aku walaupun yuran mahal sedikit. Kelas untuk wanita sahaja hanya ada pada hari Jumaat. Hari lain terpaksa bercampur dengan lelaki.

Selepas berfikir seketika, aku buat keputusan masuk kelas DSA ne walaupun aku tahu terpaksa la bercampur dengan ajnabi. Sebab utama aku pilih DSA kerana dekat dengan rumah aku. Kalau ada apa-apa hal senang aku nak balik rumah nanti. Yang penting kena jaga aurat je la.

Semalam aku dah siap beli swimming attire & goggle. Alhamdulillah, kebetulan AEON, Maluri ada member sale. Dapatlah beli swimming suit yang sememangnya mahal. Aku beli yang baju dan goggle saja sebab seluar swimming aku memang dah ada. 

Hari ini aku dah dapat confirmation kelas pertama aku pada hari Ahad ne, 17 Jan 2016, pukul 10.00 pagi. Debaran aku dah terasa sangat dah ne. Entah apalah yang jadi nanti. Serah diri sajalah.

Wish me luck!

Wednesday, January 13, 2016

Katil Baru


Angan-angan pertama telah dipenuhi. Setelah hampir setahun aku tidur dengan katil separuh runtuh yang dipunahkan anak buah, Semalam penghantaran katil yang aku pesan dari IKEA telah dibuat terus ke rumah. Malangnya ia hantar pada siang hari membuatkan aku panik seketika. Mujur teringatkan jiran yang ada berdekatan. Telah ku katakan penghantaran pada malam hari. Tak apala, mungkin ada salah faham. 

Keterujaan membuatkan aku tidak menunggu lama memasang sendiri katil baru aku ne. Balik saja dari kerja terus aku mengerjakan katil ne sorang-sorang. Terasa berat juga tapi aku buat perlahan-perlahan. Setelah 2 jam membanting tulang, akhirnya siap juga.

Ahh....tidur malam yang sangat menyenangkan. 

So, angan-angan no 2 beli katil DONE!

Monday, January 11, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Tahun Baru Masihi. Selamat Tahun Baru.


Allah masih memberi aku nyawa dan masih bernafas. Syukurlah.

Biasanya setiap tahun baru, orang punya impian dan angan-angan yang dihajatkan. Aku tidak terlepas untuk memikirkan semua itu. Cuma mungkin tahun ini aku rasa lain macam sikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Rasa satu perasaan teruja nak buat macam-macam benda yang mustahil aku pernah fikirkan.

1. Sihat
2. Beli katil
3. Pandai berenang
4. Bercuti @ oversea
5. Beli kereta
6. Bersenam secara konsisten
7. Belajar piano
8. Belajar masak

Nampaknya kebanyakkannya memerlukan perlukan duit. Yah! Fighting! kenela cari duit banyak lagi nampaknya.

Semoga diberikan kesempatan menyempurnakan semua impian & angan-angan tahun ini.

Jumpa lagi!
© by Cassem's Doter
Maira Gall