Wednesday, April 20, 2016

Swimming Class #4

Assalamualaikum wbt..
Hari ini rasa tak nak buat wordless wednesday tu. Tak ada idea.

Cuma, aku rasa happy sangat sebab freestyle stroke aku dah lepas dengan jayanya. Last 2 week ago gigih dua jam aku bantai practise sebab dia tak ada. So, ada la coach ganti untuk kelas dia. Dua coach lelaki hokay! hensem.

Ok. Gatal.

Aku mengadulah yang aku tak berapa confident bila tak gunakan board untuk buat freestyle. Breathing pun tak lepas. Then, coach yang hensem bak hang tu ajarlah kat aku slowly. Puas jugak cuba sampai dapat. Mula-mula lepas untuk first try, pastu tenggelam minum air. Euww, swimming pool water taste not good. Hahahaha.

Bila setengah jam kelas nak habis aku dah rasa confident. Yeah! Tapi...tetap ada tapi sebab 1 lap aku masih tak lepas. Kira belum lepas sepenuhnyalah kan?

Itu cerita 2 minggu lepas untuk kelas untuk 2 jam.

Tapi for last week, Coach Ally dah kembali Rupanya dia demam teruk. Patutlah tak nampak. Erm..GWS ya my dear coach! Coach aku tu sweet-sweet garang sebenarnya. Dalam marah-marah dia kat aku, dia siap carikan platform untuk aku sebab nampak aku asyik tenggelam timbul tenggelam timbul mintak nyawa. So sweet of you!

Tapi untuk kelas kali ni rasanya aku dah tak perlukan platform tu sebab aku dah rasa confident. 

Finally...finally i made it! 

Kau tahu tak bila kau dah mula mahir satu-satu benda, rasa gembira sampai tak tahu cakap apa tu yang buat hati kau rasa puas. That's how i felt. Tambah pulak bila Coach Ally siap puji je memanjang. Aku? Rasa kembang malu-malu kucing la...hehehe


Untuk kelas hari tu, dia biar je aku buat freestyle stroke. Aku perasan dia perhati je dari jauh. Then masa ini lah  aku reveal aku ada bad back pain masa rest dan inilah sebab utama aku join swimming class ne. Tapi aku tak la bagitau detail sangat. Terkejut dia. Siap bagitau aku hanya boleh buat freestyle & back stroke je. Ok Coach, Roger!

Alhamdulillah. Dah lepas satu stroke. Another 3 more to go!

Sementara tunggu my back pain fully heal, let's do freestyle more and more until you gonna win the competition. Chewah!

Now swimming is my passion! Fall in love with it! 

Wednesday, April 13, 2016

Aku & Keyboard

Assalamualaikum  wbt...

Muzik? Aku sememangnya minat musik. Dalam banyak-banyak instrument, PIANO yang paling menarik hati. Walaupun keluarga aku tiada latar belakang dalam seni apa pun, adalah jugak suara sedap tang ngaji tu. Aku? Boleh la sekadar dipinggiran. Hahaha.. 

Menyanyi tu suara takde la sampai boleh ke tahap antarabangsa. Sekadar suka-suka melepas perasaan. Adik lelaki aku yang bongsu suara sedap. Akaknya hampeh...

Kenapa PIANO?
Masa sekolah dulu langsung tak ada pendedahan. Setelah meningkat dewasa baru dapat belajar. Setakat ni tak ada la sampai nak masuk kelas. Belajar sendiri. Cuma aku ingat belajar not muzik masa Darjah 5-6 kat sekolah rendah sajalah. 

Aku dah pernah try belajar gitar. Nampaknya kulit jari naik kematu dibuatnya. Bakat tidak ada disitu. adik bongsu aku pandai la. Oh ya, ibu pandai main gitar. Ha..aku pun naik hantu bila tengok ibu dok petik gitar sambil nyanyi lagu kampung dia. hahaha

Akhirnya aku beli digital keyboard untuk belajar sendiri di rumah. 61 keys. Beli yang murah-murah dulu. Lagipon masih beginner. Dah pandai sikit nanti boleh beli yang lagi cun.

Aku start belajar since last year. Jenuh jugak menggerakkan jari jemari aku yang kaku ni. Kanan boleh lagi nak gerak sana sini. Tang kiri tu memang tak boleh nak tolong. Tak fleksible macam budak-budak. Yelah, dah tua baru nak belajar. Merangkak-rangkak lah jawabnya. Walaupun bakat tak berapa nak kena sangat, gigih juga la belajar sendiri. 

Cara belajar aku masih tak kena lagi sebab ikut suka kepala otak je. Not-not muzik aku masih tak berapa pandai nak baca lagi. Harapkan not-not angka/huruf aje la.

Beberapa lagu aku dah belajar untuk beginner yang kebanyakannya yang boleh tertumpu hanya pada tangan kanan.

Greensleeves . Ode To Joy . London Bridge . Rain Rain Go Away  . You're My Sunshine . Happy Birthday . Fur Elise . Ten Little Indians . etc......

See...kebanyakannya lagu kanak-kanak. At least terpakai jugak la masa-masa cuti hujung minggu aku dari menghadap cerita korea yang tak habis-habis tu.

Amacam? Ada minat, perah keringat, sampai dapat.
© by Cassem's Doter
Maira Gall