Wednesday, April 13, 2016

Aku & Keyboard

Assalamualaikum  wbt...

Muzik? Aku sememangnya minat musik. Dalam banyak-banyak instrument, PIANO yang paling menarik hati. Walaupun keluarga aku tiada latar belakang dalam seni apa pun, adalah jugak suara sedap tang ngaji tu. Aku? Boleh la sekadar dipinggiran. Hahaha.. 

Menyanyi tu suara takde la sampai boleh ke tahap antarabangsa. Sekadar suka-suka melepas perasaan. Adik lelaki aku yang bongsu suara sedap. Akaknya hampeh...

Kenapa PIANO?
Masa sekolah dulu langsung tak ada pendedahan. Setelah meningkat dewasa baru dapat belajar. Setakat ni tak ada la sampai nak masuk kelas. Belajar sendiri. Cuma aku ingat belajar not muzik masa Darjah 5-6 kat sekolah rendah sajalah. 

Aku dah pernah try belajar gitar. Nampaknya kulit jari naik kematu dibuatnya. Bakat tidak ada disitu. adik bongsu aku pandai la. Oh ya, ibu pandai main gitar. Ha..aku pun naik hantu bila tengok ibu dok petik gitar sambil nyanyi lagu kampung dia. hahaha

Akhirnya aku beli digital keyboard untuk belajar sendiri di rumah. 61 keys. Beli yang murah-murah dulu. Lagipon masih beginner. Dah pandai sikit nanti boleh beli yang lagi cun.

Aku start belajar since last year. Jenuh jugak menggerakkan jari jemari aku yang kaku ni. Kanan boleh lagi nak gerak sana sini. Tang kiri tu memang tak boleh nak tolong. Tak fleksible macam budak-budak. Yelah, dah tua baru nak belajar. Merangkak-rangkak lah jawabnya. Walaupun bakat tak berapa nak kena sangat, gigih juga la belajar sendiri. 

Cara belajar aku masih tak kena lagi sebab ikut suka kepala otak je. Not-not muzik aku masih tak berapa pandai nak baca lagi. Harapkan not-not angka/huruf aje la.

Beberapa lagu aku dah belajar untuk beginner yang kebanyakannya yang boleh tertumpu hanya pada tangan kanan.

Greensleeves . Ode To Joy . London Bridge . Rain Rain Go Away  . You're My Sunshine . Happy Birthday . Fur Elise . Ten Little Indians . etc......

See...kebanyakannya lagu kanak-kanak. At least terpakai jugak la masa-masa cuti hujung minggu aku dari menghadap cerita korea yang tak habis-habis tu.

Amacam? Ada minat, perah keringat, sampai dapat.

No comments

Post a Comment

© by Cassem's Doter
Maira Gall